There are a total of 362 posts here. | 這裡總共有 362 篇貼文。

ttheng's microblog. | 侃侃而隨想極短文。

Maestro Melodi: cerita yang menarik luar jangka

(Edisi artikel ini dalam Bahasa Cina boleh didapati di sini.)

Asalnya, aku memutuskan untuk membeli buku ini apabila ternampaknya dipamerkan di salah satu cawangan kedai buku BookXcess kerana tertarik oleh ilustrasi muka depannya yang memaparkan watak-watak cerita yang comel, dan juga tema cerita ini berkaitan dengan muzik.

Seketika aku bermula membaca buku ini, aku sudah mengagumi formatnya yang menggabungkan novel ringan dan komik: memang menambah baik pengalaman membaca dan penyerapan ceritanya.

Gaya bahasa yang digunakan dalam bahagian novel buku ini juga lebih berdekatan dengan Bahasa Melayu Baku yang aku berasa lebih selesa membaca, berbanding dengan bahasa basahan atau bahasa rojak1. Walaupun aku memang menggemari cara penulisan ini, aku masih boleh mendapati segelintir kesilapan ejaan dan tatabahasa yang mengelirukan, seperti ‘itui’ [itu], ‘hakikatya’ [hakikatnya], dan ’tidak mula’ [belum mula].

Yang paling penting pun, pada mula-mulanya aku menyangka cerita buku ini akan sekadar berkisar pada cebisan kehidupan persekolahan antara sekumpulan pelajar muzik, suatu teknik penceritaan yang sudah digunakan begitu banyak kali sehingga membosankan. Tapi apabila aku mencapai klimaks cerita ini, aku memang berasa takjub akan perkembangannya yang melampaui jangkaan diri.

Apa maksud cerita ini melibatkan unsur misteri? Genre shounen yang penuh dengan aksi? Watak utama lelaki itu diculik?!

Apa pula yang telah watak utama tu lakukan sehingga menyebabkannya menjadi sasaran penculikan? Aku takkan membocorkan plot buku ni secara keterlaluan. Jika berminat, pergilah beli and baca buku penerbitan tempatan dan bebas (indie) ini saja! Amat dialu-alukan sebagai penikmatan cerita yang menghiburkan dan menyentuh hati! Mantap sangat!


  1. Perbezaan antara Bahasa Melayu Baku dan bahasa basahan (percakapan) boleh disifatkan sebagai lebih kurang sama dengan perbezaan antara bahasa Jepun standard dan dialek Kansai.

    Bahasa rojak pula merupakan pencampuran kata-kata pelbagai bahasa dalam perbualan harian, seperti yang biasa dilakukan oleh orang Malaysia. ↩︎

<< Previous Post

|

Next Post >>